News

Tuesday, May 19, 2015

Masanya untuk kita hanya mendengar dan melihat

Dalam keadaan ekonomi tak terkawal dan seperti tiada apa yang boleh kita lakukan. berbagai rintihan dan keluhan yang kita dengar. Saya hanya mengutarakan tiga situasi manakala yang lain saya akan tentukan bila pula saya akan post:

1) Pembiayaan Peribadi
Pada masa ini Bank di Malaysia semakin berlumba-lumba untuk menawarkan pinjaman yang terbaik kepada peminjam-peminjam, sehinggakan ada yang 'overlap' disana sini. saya perhatikan kebanyakan yang meminjam adalah digunakan untuk perkahwinan dan perniagaan.

kenapa perlunya kita berhutang untuk berkahwin. Mudah saja kebanyakan orang mengatakan bahawa hutang untuk tunjuk lagak. Tahukah kalian sekarang nak dapat kos yang betul-betul murah pun dalam RM5.00 per pax (kalau dapat la harga ni) pastu nak panggil berapa orang?? paling kuat pun mahu 200 orang ini pun baru seorang belum dikira pasangan dan anak-anak lagi. Baru bab makan dan bukan bab lain lagi seperti hantaran, wang hantaran sewa kanopi, meja dan sebagainya. Belum dikira saudara mara yang jauh nak berehat.. kurang-kurang mahu RM10 ribu habis. Saya percaya pada zaman sekarang nak kumpul RM10 ribu bukannya mudah. Itupun kalau RM10 ribu jer la.

Kenapa perlunya kita berhutang untuk perniagaan. kebanyak pekerja makan gaji mesti bersetuju bahawa gaji sedia ada hanya cukup-cukup makan, mesti cari side income untuk jana pendapatan lebih. Kerja yang stress menyebabkan ramai perkerja dengan mudah meminjam hutang peribadi bagi melepaskan semua tekanan sedia ada apatah lagi dengan meminjam RM10 ribu, mereka hanya perlu membayar sebanyak RM100 lebih jer sebulan selama 10 tahun.. bagi mereka untung lebih RM200 sebulan sudah boleh cover hutang mereka tetapi tahukah anda bagaimanapun cara anda berniaga anda akan tetap mengalami turun naik rencah perniagaan.

2) Perolehan BR1M
Bantuan yang sedikit tapi dicanang kerajaan macam dapat sorang berjuta. BR1M ni sebenarnya bagus tapi tetapi bnyak masalah yang menyebabkan kerajaan menanggung kerugian seperti memberi sebnyak 2 kali epada orang yang sama. Sebenarnya jika niat kerajaan untuk meneruskan BR1m dibolehkan sekiranya bajet negara bukan dalam keadaan defisit atau defisit negara dalam keadaan berkurangan.Tetapi semakin hari defisit kita semakin bertambah. Apa yang mata kasar rakyat melihat ialah kerjaan bagi kita RM1000 lebih yang tu pun bukan semua orang dapat tetapi rakyat nampak kerajaan bagi kepada beberapa penama sehingga berjuta-juta untuk tujuan apa kita tak tau.

3)Golongan kelas pertengahan
Sebenarnya golongan inilah yang banyak terhimpit. Kerja di tempat kos yang tinggi tetapi gaji yang diberi tidak setimpal. Jika kerja dikampung, pendapatan yang diperolehi pula tidak mampu membayar hutang asas seperti pinjaman kereta, sewa rumah dan bil-bil sedia ada. Hmmmm... Nasibla badan. "Die hard to get pay less".

Itu saja dari saya, apa yang kita boleh buat.. kita hanya mampu sahaja mendengar dan melihat, andai nanti terjumpa peluang jangan cuba lepaskan. Nilailah dulu dengan penuh taksiran fahami dulu dengan penuh kajian, bertindaklah jika yakin manfaatnya.

Tumpang Sekaki