News

Sunday, October 10, 2010

Kenapa Maher Zain ?

Salam..

Nasyid sekali lagi menjadi topik pilihan.. kali ini nasyid yang dibawa oleh seorang pemuda yang dilahirkan di Lebanon dan menetap di Sweden menjadi tatapan halwa telinga umat Islam di seluruh dunia... Maher Zain yang berkelulusan Kejuruteraan Aeronatik ini saya kira mempunyai kekuatan dalaman untuk menyampaikan mesej yang kuat melekat didalam hati kita. Alunan muzik yang begitu segar, susunan lirik yang puitis dan gaya nyanyian yang bersahaja mampu membuatkan pendengar berasa inilah lagu yang ditujukan khas dari seorang hamba kepada Pencipta-Nya.. Ambil sajalah lagu "Thank You Allah", bagaimana lagu ini mampu membuatkan diri kita terasa begitu dekat dengan Allah.. Harap pembaca blog sekelian mendengar lagu ini dan fikirkanlah apa yang tersirat di dalam lagu ini....

Kredit pada Rabbani, Lagu Mahabbah dan Syahadah mampu meningkatkan syiar Islam... Selepas pemergian Ustaz Asri, perjuangan harus diteruskan.. perjuangan anda sekalian telahpun diterjemahkan dengan lagu yang begitu memberi kesan kepada semangat perjuangan Islam...