News

Sunday, October 10, 2010

Kenapa Maher Zain ?

Salam..

Nasyid sekali lagi menjadi topik pilihan.. kali ini nasyid yang dibawa oleh seorang pemuda yang dilahirkan di Lebanon dan menetap di Sweden menjadi tatapan halwa telinga umat Islam di seluruh dunia... Maher Zain yang berkelulusan Kejuruteraan Aeronatik ini saya kira mempunyai kekuatan dalaman untuk menyampaikan mesej yang kuat melekat didalam hati kita. Alunan muzik yang begitu segar, susunan lirik yang puitis dan gaya nyanyian yang bersahaja mampu membuatkan pendengar berasa inilah lagu yang ditujukan khas dari seorang hamba kepada Pencipta-Nya.. Ambil sajalah lagu "Thank You Allah", bagaimana lagu ini mampu membuatkan diri kita terasa begitu dekat dengan Allah.. Harap pembaca blog sekelian mendengar lagu ini dan fikirkanlah apa yang tersirat di dalam lagu ini....

Kredit pada Rabbani, Lagu Mahabbah dan Syahadah mampu meningkatkan syiar Islam... Selepas pemergian Ustaz Asri, perjuangan harus diteruskan.. perjuangan anda sekalian telahpun diterjemahkan dengan lagu yang begitu memberi kesan kepada semangat perjuangan Islam...

Tuesday, September 14, 2010

Peranan Artis Nasyid

Salam, dahulu artis nasyid seperti Rabbani dan Raihan bergerak aktif untuk menghiburkan halwa telinga kita.. kini dengan adanya kuasa lagu-lagu indi telah mengambil alih atau mungkin telah melarikan sebahagian peminat nasyid tanahair.. Mungkin ramai yang akan menafikan dan mengatakan bahawa nasyid mempunyai kumpulannya yang tersendiri. Terlebih dahulu ingin saya ulangi, nasyid untuk semua dan tujuan yang utama adalah melalui hiburan yang mendidik jiwa dan terutamanya jiwa Islam yang telah lari dari kalangan seorang Muslim.. Ayuh! sama-sama fikirkan kemana peranan nasyid yang pada satu ketika pernah jauh kehadapan dan kini seperti ibarat tiada jalan kehadapan lagi..

Friday, September 10, 2010

Salam Aidilfitri..

Ingin saya jelaskan bertapa pentingnya perpaduan Islam di hari lebaran ini..
Ingin saya jelaskan bertapa perlunya kita bersangka baik sesama insan..
Ingin saya jelaskan bertapa diri kita harus diperbaiki..
Ingin saya jelaskan 3 perkara diatas perlulah ditafsir sendiri oleh saudara-saudari..
Ingin saya jelaskan tafsiaran yang baik membawa maksud baik dan tafsiran yang buruk membawa maksud yang buruk..
Sekian..